Nadi X Mahir: Mahir Jahit Minggu 1
16 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2026 bersamaan hari Rabu, Mahir Jahit Minggu 1 telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Kursus Mahir Jahit, memperkenalkan Mahir Training System (MTS), serta memberi inspirasi melalui perkongsian kisah kejayaan dan peluang membina kemahiran dalam bidang jahitan.
Aktiviti Utama:
1. Pengenalan tenaga pengajar.
2. Pengenalan Mahir Training System (MTS).
3. Pengenalan kepada mesin jahit dan fungsinya.
4. Jenis-jenis alatan jahitan serta kegunaannya.
5. Asas keselamatan semasa menggunakan mesin jahit.
6. Pengenalan kepada teknik jahitan asas sebagai persediaan untuk kelas seterusnya.
Secara keseluruhannya, sesi ini peserta memberi pendedahan yang jelas kepada peserta mengenai Kursus Mahir Jahit serta sistem pembelajaran melalui Mahir Training System (MTS). Peserta memperoleh pemahaman tentang perjalanan kursus, peluang membina kemahiran dalam bidang jahitan serta mendapat inspirasi daripada perkongsian kisah kejayaan peserta terdahulu untuk terus meningkatkan kemahiran dan potensi diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: